Ust. Mohamad Noor b. Ismail
B.A. Hons Pendidikan Islam - Universiti Malaya
No. Tel. : 014-2258819
Email : mohamadnoor.sambt@gmail.com
SEULAS BICARA
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. pada tahun ini blog SAM Bagan Terap berjaya diwujudkan. Tahniah dan syabas kepada guru-guru dan warga SAMBT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas pertisipasi SAMBT di alam siber.
Kecemerlangan setiap pelajar bererti kecemerlangan dalam semua aspek mencakupi konteks pencapaian bangsa, masyarakat dan negara secara hakiki. Oleh yang demikian, adalah diharapkan dengan kewujudan blog ini menjadi satu platform menghubungkan sesama warga SAMBT di samping memaklumkan kepada masyarakat sekitar dan ibu bapa perjalanan aktiviti serta program yang dijalankan di sekolah.
Harapan saya agar pelajar-pelajar SAMBT akan mengambil intipati, manfaat dan menerapkan nilai serta ilmu untuk memajukan diri kerana mereka harapan agama, bangsa dan negara. Saluran yang baik akan memberikan natijah yang baik juga.
Akhirnya saya doakan agar usaha membentuk generasi SAMBT yang berilmu dan berakhlak mulia akan diredhai dan diberkati Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment