Mutiara Kata

Tuesday, October 20, 2009

GPK Pentadbiran


EN. ABD. ZAMAN BIN SAMURI

B.A. (Hons) Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah - UKM
Sijil Perguruan MPI
No. Tel. : 019-3890662


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ahlan Wasahlan diucapkan kepada semua pengunjung portal SAM Bagan Terap ini. Terima kasih kerana sudi melayari dan moga-moga anda semua mendapat manfaat dan input yang menarik berkaitan sekolah kami.

Aspirasi dalam menjana ICT dalam sekolah telah mencetuskan idea untuk mengadakan laman ini. Pertamanya ia adalah bertujuan pihak sekolah dapat berhubung dan berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di samping menyampaikan informasi terkini berkaitan pelajaran serta pekembangan semasa di sekolah. Keduanya pula, adalah supaya ibu bapa dapat mengikuti aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekolah dan boleh membantu mengawal dan memantau bersama pihak sekolah akan anak-anak mereka. Ketiga, portal ini diwujudkan agar dapat memberi nafas baru dalam arena pendidikan terutamanya di SAM Bagan Terap. Dengan cara ini ia dapat meningkatkan keinginan untuk belajar dan mengenali serta mengetahui isu-isu semasa berkaitan ICT dan sekolah.

Besar harapan supaya portal ini digunakan sebaik-baiknya. Berilah komen-komen membina berkaitan sekolah atau portal ini agar penambahbaikan dapat dilakukan dari masa ke semasa. Semoga SAM Bagan Terap terus maju dan efisien di persada pendidikan dan alam maya.


Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Profil SAMBT | by TNB