Mutiara Kata

Tuesday, October 20, 2009

GPK Kokurikulum

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah mewujudkan portal ini. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada pihak pentadbiran, kakitangan, guru-guru, pelajar-pelajar dan warga SAMBT kerana memberi komitmen dan kerjasama penuh dalam menjayakan portal ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung setia laman ini.

Sebagaimana diketahui ICT merupakan satu medium penting dalam kehidupan masa kini. Boleh dikatakan hampir semua rumah di Malaysia terutamanya di Selangor mempunyai komputer dan internet. Inisiatif mengadakan portal ini dilihat sebagai satu langkah yang wajar dan tepat dalam usaha pihak sekolah mendekati pelajar-pelajar, ibu bapa, komuniti dan begitu juga sebaliknya. Proses penyebaran maklumat berkaitan pelajar dan sekolah dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Ia juga menunjukkan kesediaan pihak sekolah menyahut cabaran teknologi dan globalisasi.

Pun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan oleh kami sebagai warga SAMBT. Kewujudan laman ini adalah langkah pertama supaya tidak ketinggalan terutamanya dalam ICT berbanding sekolah-sekolah lain yang lebih kehadapan dalam arena pendidikan di Malaysia.

Bagi saya, penyebaran informasi terkini berkaitan kokurikulum adalah amat berkesan dalam menunjukkan pelajar-pelajar sekolah ini amat cenderung dan aktif. Walaupun pencapaian kami masih kurang namum sekolah kami berpotensi untuk mencipta pelajar-pelajar yang cergas dan cerdas.

Sebagai penutup bicara, terima kasih sekali lagi kerana sudi mengunjungi portal ini. Besar harapan saya sebagai salah seorang panel portal ini agar pengunjung-pengunjung laman ini sentiasa mengikuti perkembangan sekolah dan komen-komen membina amat diperlukan agar kami sentiasa dapat mempertingkatkan diri dari masa ke semasa.


Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Profil SAMBT | by TNB