
EN. IBRAHIM BIN MAHMUD
B.A. (Hons) Pengajian Dakwah - UKM
Sijil Perguruan MPI
No. Tel. : 012-2645144
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
Selamat datang diucapkan kepada semua hadirin yang sudi mengunjungi laman ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar serta warga SAMBT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengadakan portal ini.
Sebagai pengenalan saya ingin merakamkan bahawa perkembangan teknologi dan pendidikan berlangsung dengan pantas. Maka yang demikian, pihak sekolah mengambil inisiatif dengan bantuan warga SAMBT agar kelangsungan ini dapat berjalan dengan seiring. Jika dilihat dari peta misalnya, kedudukan sekolah ini adalah agak terpencil dari sekolah-sekolah lain. Oleh yang demikian bagi menonjolkan sekolah ini maka beberapa langkah perlu dilakukan antaranya menyediakan medium perantara sekolah dengan pelajar dan juga pihak luar terutama sekali ibu-bapa supaya perkembangan semasa sekolah dapat dipantau bersama.
Walaupun portal ini belum begitu canggih dan kreatif sebagaimana laman-laman sekolah yang lain namum hasrat untuk menyampaikan serta menyebarkan informasi semasa sekolah adalah tinggi. Sumbangsaran, idea bernas dan kritikan membina amat perlu supaya sekolah dan portal ini dapat ditambahbaik sentiasa.
Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih kerana sudi mengunjungi portal ini. Semoga kita mendapat manfaat bersama dan sentiasa dalam keredhaan-Nya.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment