Sekolah Agama Menengah Bagan Terap (SAMBT) telah ditubuhkan pada tahun 1963M. Ia terletak di perkampungan Bagan Terap yang hampir 12 km dari Sungai Besar. Pada mulanya Sekolah Agama Menengah Bagan Terap yang telah wujud hampir 45 tahun ini berasal dari Sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1963, diasaskan oleh YB Dato’ Mohd Ghazali bin Kantan.
Sekolah Agama Rakyat ini telah dikelolakan oleh 6 orang guru yang berkhidmat pada waktu itu. Antara pengasas yang petama bagi menjayakan sekolah tersebut ialah Ust. Hj. Sarbini b. Hj. Dasir, Ust. Kamaruddin b. Bintan, Hjh. Siah bt. Abd. Saman dan 3 orang guru lagi yang telah banyak berusaha menjayakan sekolah tersebut hingga ke hari ini. Pada awalnya bilangan pelajar hanya 80 orang, namun akhirnya bertambah hingga kepada 120 orang murid menjelang tahun 1968.
Pada tarikh 1 Januari 1968 sekolah ini telah diambil alih pentadbirannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Maka pada tarikh tersebut JAIS telah meghantar seorang guru iaitu Ust. Sayuti b. Ahmad dari Kuala Selangor sebagai Guru Besar pertama yang dilantik untuk mentadbir sekolah ini serta dibantu oleh lima orang guru. Pada 20 Ogos 1968, Sekolah Agama Menengah Rendah (SAMR) ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato Harun b. Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu.
Sekolah Agama Menengah Rendah ini hanya mempunyai tahap penilaian Sijil Rendah Pelajaran (SRP) iaitu merangkumi pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga sahaja. Namun bagi pelajar yang menamatkan pengajian di tingkatan tiga untuk melanjutkan pelajaran, mereka terpaksa berpindah di Sekolah Agama Menengah Rendah di beberapa cawangan di Sabak Bernam untuk meneruskan pengajian ke tingkatan empat dan lima. Sekolah yang di tawarkan kepada pelajar ketika itu adalah Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Sallehhuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 Sabak Bernam, Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar dan Sekolah Agama Menengah Muhamaadiah Batu 40 Sabak Bernam.
Pada tahun 1996, Sekolah Agama Menengah Rendah telah berpindah ke bangunan baru. Kawasan tersebut adalah merupakan tanah yang telah diwakafkan oleh Tn. Hj. Fakeh. Ada pun lokasi sekolah yang terletak di perkampungan Bagan Terap berhampiran dengan Sekolah Agama Menengah, iaitu sekolah yang dinaik taraf sebagai Sekolah Agama Menengah Bagan Terap (SAMBT).
Pembinaan beberapa bangunan yang memuatkan beberapa buah kelas daripada tingkatan satu hingga lima. Selain itu juga, terdapat beberapa bilik khas seperti pusat sumber sekolah, Bilik APD, Makmal KHB, Makmal Sains, Kantin Sekolah, Surau dan Asrama. Semua prasarana ini dibina untuk kemudahan pelajar agar dapat menuntut ilmu dengan lebih selesa dan sempurna.
Daripada itu, maka telah berkembang daripada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan penambah baikkan sekolah yang sempurna dan bersisitematik. Peperiksaan awam yang telah berdaftar di unit Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti PMR, SPM, SAM turut juga di masukkan sebagai sekolah berdaftar di Malaysia. Sekolah ini juga mengandungi 395 orang murid dengan dorongan guru seramai 30 orang dan orang kakitangan sokongan dan pentadbiran.Manakala pelajar Asrama seramai 150 orang dan 3 orang warden sekolah.
Sekolah ini pada mulanya di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga tahun 2005. Manakala pada tahun 2006 sekolah ini telah di naik taraf oleh pihak Kementerian pelajaran Melaysia yang telah memberi banatuan terhadap sekolah Agama Menengah di seluruh Malaysia. Sekolah ini juga di kenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
*Pihak sekolah sedang mengkaji sejarah sekolah dengan lebih terperinci. Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Kepada sesiapa yang tahu dan ingin berkongsi maklumat sekolah ini amat dialu-alukan.
Mutiara Kata
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
mana sejarah tentang usaha ustaz hj mohd yusof sukaimi untuk mendapatkan tapak sekolah yg baru?
salam..maaf saya takde maklumat tentang itu..kalau tuan ada sila kongsikan bersama kami pihak sekolah
Thank You and I have a tremendous present: What Home Renovation Expenses Are Tax Deductible house renovation tax deduction
Post a Comment